top of page

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN PRIVASI

Apex-Pal Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai “Apex” dan “kami”) menghormati dan menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).  Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Privasi (“Polisi”) ini diisukan kepada semua pelanggan sedia-ada, semasa dan/atau bakal pelanggan dan kenalan kami menurut APDP yang telah berkuatkuasa pada 15hb November 2013 yang mana menggariskan hak-hak, kepentingan, obligasi dan kewajipan kesemua pihak yang terlibat dalam pengumpulan, rakaman, pegangan, simpanan atau pemprosesan maklumat dan data peribadi yang dilindungi oleh APDP.

 

Polisi ini akan dipinda oleh Apex dari masa ke semasa. Notis untuk mana-mana pindaan yang dibuat akan diterbitkan di laman web kami yang ditetapkan (www.sakaesushi.com.my) atau dalam sebarang bentuk komunikasi yang difikirkan wajar dan sesuai oleh Apex.

 

 

1.         PENGUMPULAN DATA PERIBADI

 

1.1       Sepanjang urusan anda dengan Apex, anda akan diminta untuk memberikan atau telah memberikan kami Data Peribadi anda sepertimana yang ditakrifkan di dalam APDP untuk dikumpulkan, diproses, digunakan, didedahkan dan disimpan/tersimpan (sama ada secara langsung atau tidak langsung) (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Proses”, “Pemprosesan” dan “Diproses”) supaya kami dapat membekalkan/memberikan apa-apa produk atau servis kepada anda.

 

1.2       Dengan membekalkan kami maklumat peribadi anda, anda adalah bersetuju ke atas Polisi ini dengan memberi kuasa dan mengizinkan Data Peribadi anda yang diproses oleh dan apabila diperlukan, iaitu, pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan, pemprosesan, pendedahan kepada golongan pihak ketiga yang akan dikenalpasti dan diterangkan di dalam Polisi ini. Bagi mengelakkan keraguan, anda juga secara jelas ketara bersetuju ke atas Apex untuk memproseskan mana-mana data peribadi anda yang sensitif yang mana berkaitan dengan Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di dalam Polisi ini.  

 

1.3       Data Peribadi adalah relevan berkenaan dengan proses perniagaan kami dan pelaksanaan, servis-servis, hubungan pelanggan, pengurusan dan aktiviti-aktiviti pembangunan perniagaan kami.

 

 

2.         DEFINISI DATA PERIBADI

 

2.1       Data Peribadi mempunyai erti yang ditetapkan di APDP yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

 

 (a)       butir-butir peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan dan/atau nombor paspot, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan, pekerjaan, keutamaan media social, pendapatan peribadi;

 

(b)        maklumat hubungan termasuk alamat surat-menyurat, emel, nombor telefon;

 

dan mana-mana Data Peribadi lain yang dikehendaki bagi Tujuan-Tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini.

 

3.         SUMBER DATA PERIBADI

 

3.1       Apex mengumpul maklumat hanya melalui cara yang sah dan adil, dan bukan melalui cara yang tidak munasabah dan mengganggu hak peribadi anda. Dimana mungkin kami mengumpul Data Peribadi anda secara langsung daripada anda dan/atau daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada: 

 

(a)        melalui urusan/transaksi/hubungan anda dengan kami, seperti maklumat yang dibekalkan oleh anda di dalam Borang Permohonan Kad SAKAE, melalui maklum balas anda ke emel kami (feedback@sakaesushi.com.my), laman web kami (www.sakaesushi.com.my) dan/atau dalam apa-apa bentuk bertulis ketika peraduan atau pameran bergerak yang diadakan oleh Apex;

 

(b)        melalui komunikasi lisan dan/atau bertulis anda dengan kami dan/atau ejen-ejen/ pembekal perkhidmatan/wakil-wakil yang diberikuasakan, untuk sebarang pertanyaan, aduan, dan/atau maklum balas ke jabatan pengurusan hubungan pelanggan kami dan/atau melalui Facebook;

 

(c)        melalui pendaftaran atau langganan anda terhadap produk dan/atau perkhidmatan kami melalui media sosial, iaitu, Facebook;

 

(d)        melalui penyertaaan anda dalam mana-mana kaji selidik pelanggan kami, analisis, pameran bergerak dan/atau kempen dan/atau peraduan yang dianjurkan oleh kami;

 

(e)        melalui respons anda terhadap mana-mana material pemasaran yang dihantar oleh kami;

 

(f)         melalui pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan atau yang berkaitan dengan anda; dan

 

(g)        melalui sumber-sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran anda untuk tujuan pendedahan maklumat yang berkaitan dengan anda, dan/atau di mana ianya dibenarkan di bawah undang-undang. 

 

 

4.         TUJUAN KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA

 

4.1       Apex akan memproses Data Peribadi anda untuk pelbagai tujuan, antara lain, tujuan yang berikut:

 

(a)       untuk memproses dan melengkapkan transaksi-transaksi dengan anda;

 

(b)        untuk memproseskan, menguruskan dan mengekalkan akaun keahlian anda serta manfaat-manfaat ahli (sistem ganjaran mata SAKAE) dan permohonan yang lain; 

(c)        untuk memproses apa-apa pembayaran balik di bawah program keahlian;

 

(d)        untuk menguruskan program keahlian, tawaran, pertandingan dan promosi;

 

(e)        untuk memaklumkan anda tentang manfaat dan perubahan terhadap ciri-ciri produk dan perkhidmatan;

 

(f)         untuk memaklumkan anda tentang promosi dan tawaran kami dengan menghantar material promosi kami (termasuk e-surat, risalah, brosur, emel), kemas kini, kad jemputan ke mana-mana event, program dan pelancaran berkenaan dengan produk dan perkhidmatan Apex kepada anda; 

 

(g)        untuk membolehkan anda mengambil bahagian di dalam tawaran, promosi dan peraduan;

 

(h)        untuk menjalankan penyelidikan pasaran, untuk melakukan pemasaran, profil pelanggan, aktiviti pembangunan perniagaan, analisis, kaji selidik pelanggan, analisis trend dan statistik mengenai produk dan perkhidmatan kami;

 

(i)         untuk membangunkan/mempromosikan produk baru dan meningkatkan perkhidmatan kami;

 

(j)         untuk penyumberan luar operasi Apex atau mana-mana bahagian operasi Apex itu;

 

(k)        bagi pentadbiran am, penyelenggaraan dan pemeliharaan serta menjalankan rekod pelanggan semasa dan bakal pelanggan/ bagi tujuan prosedur pengurusan hubungan;

 

(l)         untuk pemprosesan data, kemas kini mana-mana pangkalan data dan mana-mana perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan;

 

(m)       untuk berkomunikasi dengan anda, termasuk respons kepada pertanyaan/aduan anda dan menyelesaikan keprihatinan/pertikaian secara umum;

 

(n)        untuk memproses arahan anda dan menjana apa-apa surat-menyurat, pengesahan dan/atau nasihat;

 

(o)        untuk memastikan bahawa maklumat di dalam rekod Apex adalah tepat, lengkap dan paling kemas kini;

 

(p)        untuk mengakses permohonan anda sebagai seorang ahli dan/atau permintaan anda atas produk atau perkhidmatan kami;

 

(q)        untuk memberikan anda maklumat mengenai kami dan juga produk, perkhidmatan dan tawaran pihak ketiga yang bersambung/berhubungkait dengan kami, yang mana mungkin memanfaatkan anda (kecuali di mana ianya telah diminta atau dimaklumkan oleh anda);

 

(r)         untuk mematuhi apa-apa kehendak undang-undang dan/atau peraturan;

 

(s)        pematuhan terhadap polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Apex; dan

 

(t)         untuk sebarang tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan atau selanjut daripada tujuan yang dinyatakan di atas.

 

 

5.         AKIBAT KEGAGALAN/KEENGGANAN UNTUK MEMBEKALKAN DATA PERIBADI ANDA

 

5.1       Kegagalan untuk mendapatkan Data Peribadi anda akan mengakibatkan, seperti yang berikut:

 

(a)        Apex tidak dapat mengurus dan mengekalkan hubungan pelanggan antara kami dengan anda;

 

(b)        Apex tidak dapat membekalkan produk dan perkhidmatan sepertimana yang diminta oleh anda;

 

(b)        Apex tidak dapat membekalkan anda dengan sebarang notis, perkhidmatan dan maklumat terkini yang mana telah diminta oleh anda; dan

 

(d)        Apex tidak dapat memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan di Polisi ini.

 

 

6.         PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

 

6.1       Kesemua Data Peribadi kakitangan kami adalah disimpan secara rahsia. Melainkan jika dimaklumkan oleh anda, anda adalah dianggap telah bersetuju dan mengizinkan pendedahan Data Peribadi anda oleh kami kepada golongan pihak-pihak ketiga seperti berikut:

 

(a)        mana-mana orang, agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan/atau pengawal selia industri di mana kami dikehendaki atau diperlukan untuk membuat pendedahan terhadap Data Peribadi anda di bawah kehendak undang-undang atau peraturan;

 

(c)        rakan perniagaan dan sekutu kami, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pembekal, kontraktor, sub-kontraktor, ejen, wakil, syarikat pengurusan pihak ketiga, atau pihak-pihak lain, yang berada di dalam atau luar Malaysia, sebagaimana yang difikirkan perlu dan sesuai oleh kami untuk memudahkan urusan anda dengan kami, untuk melaksanakan Tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini, untuk membekalkan produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan kami dan untuk tujuan penghantaran penebusan hadiah dan perkhidmatan yang berhubungkait dengan program loyalti kami;

 

(c)        juruaudit, penasihat, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau professional yang dilantik untuk berhubungkait dengan perniagaan kami;

 

6.2       Anda juga adalah bersetuju dan mengizinkan kami untuk memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia. Negara-negara lain mungkin tidak dapat membekalkan perlindungan yang sama taraf terhadap data peribadi berbanding dengan Malaysia. Kesemua Data Peribadi anda yang dipegang oleh Apex dan Apex akan membekalkan perlindungan yang munasabah terhadap apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemadaman. 

 

7.         KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA

 

7.1       Data Peribadi anda adalah aset kami dan oleh yang demikian kami memberikan keutamaan untuk memastikan keselamatan Data Peribadi anda. Kami komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah selamat. Kami kerap mengkaji semula dan melaksanakan teknikal masa kini dan langkah-langkah keselamatan organisasi dalam pemprosesan Data Peribadi untuk melindungi dan menjamin maklumat yang dikumpulkan oleh kami daripada anda secara langsung dan/atau dari mana-mana sumber lain. 

 

 

8.         PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

 

8.1       Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda sepanjang masa kami membekalkan/memberikan kepada anda produk dan/atau perkhidmatan kami, untuk memenuhi keperluan undang-undang dan pengawalseliaan, serta untuk menuruti polisi dalaman Apex. Sekiranya Data Peribadi tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas, kami akan memusnahkan atau memadamkan Data Peribadi tersebut secara selama-selamanya.

 

 

9.         PILIHAN UNTUK MENGEHADKAN PEMPROSESAN, HAK UNTUK AKSES, MENARIKBALIK KEBENARAN DAN MEMINDA/MEMBETULKAN DATA PERIBADI ANDA

 

9.1       Data Peribadi yang diberikan kepada kami adalah bersifat sukarela dan tanpa paksaan secara keseluruhannya;

 

9.2       anda berhak untuk mengakses kepada dan mengehadkan sebahagiannya atau keseluruhan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Apex dan untuk berbuat demikian, sila maklumkan kami secara bertulis dengan serta-merta kepada alamat yang dinyatakan di sini berkenaan dengan keinginan tersebut berserta dengan butir-butir mengenai cara pembatasan pemprosesan Data Peribadi anda;

 

9.3       anda boleh pada bila-bila masa menarik balik kebenaran atau mengemaskini/meminda/membetulkan Data Peribadi anda, sepenuhnya atau sebahagiannya dengan menulis kepada kami ke alamat yang dinyatakan di sini tentang keinginan anda untuk  menarik balik atau meminda/membetulkan yang sama. Selanjutnya, Apex tidak dapat lagi memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda yang berkaitan-kait dengan Tujuan-Tujuan;

9.4       sekiranya anda tidak ingin menerima maklumat terkini mengenai produk kami yang baru/yang akan datang atau material pemasaran atau promosi daripada kami, anda boleh dikecualikan dengan menulis kepada kami pada bila-bila masa; 

9.5       kunjungan anda ke laman web rasmi dan Halaman Facebook kami akan direkodkan bagi tujuan analisis atas bilangan pelawat ke laman web dan corak penggunaan am. Sebahagian daripada maklumat ini akan dikumpul melalui penggunaan “cookies”;

9.6       sekiranya anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di lawan web itu, anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan melaraskan tetapan internet anda untuk mematikan, blok atau menyahaktifkan “cookies”, dengan memadamkan rekod layaran anda dan membersihkan cache daripada pelayar internet anda. 

 

10.       INTEGRITI DATA

 

10.1      Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat/Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada Apex adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa maklumat berkenaan adalah yang telah dikemaskini dan pada masa yang sama, anda adalah juga bertanggungjawab untuk melakukan yang sama. Sila maklumkan kami pada bila-bila masa sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada Data Peribadi anda dengan menulis kepada kami ke alamat yang dinyatakan di sini. 

 

 

11.        BUTIR-BUTIR HUBUNGAN

 

11.1      Sila tulis kepada kami berkenaan dengan permintaan untuk mengakseskan atau membetulkan dan/atau pemadaman Data Peribadi anda atau bagi sebarang keprihatinan atau aduan anda yang sehubungan dengan Notis ini dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh Apex, sila hubungi kami dengan membekalkan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda untuk pengesahan seperti berikut: 

 

Syarikat  :  Apex-Pal (M) Sdn. Bhd.

Jabatan  :  Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

Emel  :  feedback@sakaesushi.com.my

Alamat  :  1-10, Lakeville Lifestyle Shoplot,
                Jalan Sibu, 
                Off Jalan Kuching,
                Taman Wahyu,
                68100 Kuala Lumpur

Untuk perhatian  :  Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

 

11.2      Sekiranya kami tidak menerima apa-apa notifikasi secara bertulis, anda adalah dianggap telah bersetuju kepada pemprosesan dan/atau pendedahan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas;

 

11.3      Menurut APDP, Apex berhak mengenakan sejumlah fee untuk memproses permintaan anda berkenaan dengan pengaksesan atau pembetulan Data Peribadi anda dan kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk pengaksesan atau pembetulan sedemikian jika maklumat yang diberikan oleh anda adalah tidak mencukupi (sepertimana yang ditentukan oleh Apex) atau sekiranya permintaan tersebut mungkin melanggari apa-apa undang-undang atau peraturan atau apa-apa sebab lain yang difikirkan tidak sesuai atas dasar kepentingan kami untuk berbuat demikian. Sekiranya kami tidak memenuhi permintaan anda tersebut, Apex akan memaklumkan anda yang sama dan juga sebab berkenaan dengan keengganan tersebut.  

 

 

12.       BAHASA

 

12.1      Polisi ini juga disediakan dalam Bahasa Inggeris berdasarkan kepada Seksyen 7(3) APDP. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

Untuk versi Bahasa Inggeris, sila klik sini.

bottom of page